Shape

Shape

Norliyana Elias

Name diberi ialah Norliyana Elias dan dilahirkan di Negeri Pulau Pinang. Berkelulusan diploma dalam bidang kejururawatan. Hobi dari kecil adalah bermain dengan makeup. Saya memang minat dengan kecantikan dan sentiasa makeup kan anak buah saya berumur 4 tahun pada 10 tahun. Saya juga sentiasa pastikan kulit muka saya dijaga

Saya menyambung pelajaran dalam bidang kejururawatan untuk menampung keluarga. Tetapi, itu tidak bermaksud yang saya akan abaikan penampilan saya. Apabila rakan kerja melihat saya bersolek, mereka juga bermula untuk bersolek. Orang cakap bersolek ni dapat meningkatkan keyakinan diri kita.

YES memang betul bersolek atau menjaga penampilan diri ni dapat meningkat kan keyakinan diri kita. Orang cakap kalau tak ada angin mana kan pokok bergoyang kan? Pada 2021 keretakan rumah tangga saya yg dibina selama 14 tahun menyebabkan saya kehilangan segala-galanya. Saya terpaksa menjual rumah saya untuk meneruskan kehidupan saya.

Impian saya pada masa tu hanya nk berjaya dalam bisnes dan menjadikan anak-anak saya sebagai inspirasi saya untuk terus berjaya. Pada akhir tahun 2021, Saya telah bertemu jodoh dan sekali lagi mendirikan rumah tangga kali ke-2. Dengan kehadiran suami tercinta lah yang mendorong saya menjadi seorang founder kosmetik.

Beliau tak pernah jemu memberi semangat Dan dorongan pada saya untuk terus berjuang mencapai impian saya. Dari situ lah lahirnya NizLiyana Beauty Di mana gabungan nama antara suami dan saya iaitu Nizam Dan Liyana. Saya mula mengeluarkan produk pertama saya iaitu Nana lipmatte, oh Nana eye wings Dan juga Nana lipvelvet gloss.

Harapan saya adalah untuk menjadikan kecantikan dari luar dan dalam bukan sahaja untuk wanita tetapi juga untuk penampilan lelaki serta remaja kini. In shaa Allah kami NizLiyana Beauty akan menghasilkan produk dari peringkat remaja hingga dewasa lelaki dan juga perempuan bagi memenuhi keperluan masyarakat

Skin Shape
× How can I help you?